Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHIBURANPernah Ajak Orang Peluk Islam, Tapi Aisar Khaled Bertindak Peluk Perempuan Pula?

Pernah Ajak Orang Peluk Islam, Tapi Aisar Khaled Bertindak Peluk Perempuan Pula?

Tidak lari dari kontroversi kerana melakukan perkara yang mengundang kecaman, nama Youtuber terkenal, Aisar Khaleed kini kembali panas dengan gosip baru yang dilalukannya baru-baru ini.

Sejak petang Selasa, rakaman video yang menunjukkan Aisar dan seorang pelakon wanita, Fify Azmi menari dan mesra berpelukkan tular di media sosial.

Dalam rakaman video tersebut, Aisar dan Fify dilihat menarikan semula tarian dari lagu Gadis dan Bunga yang sedang popular di laman TikTok.

Pada awalnya rakaman video tersebut kelihatan biasa sahaja namun apabila tiba di pertengahan dan penghujung video, Aisar dilihat dengan selamba memeluk pelakon wanita tersebut sebanyak dua kali.

Tindakkannya itu mengundang rasa tidak selesa warga maya kerana menyifatkan perbuatan itu sebagai sesuatu yang memalukan.

Ada yang mengecam dengan mengaitkan semula video yang pernah tular sebelum ini yang menunjukkan Youtuber tersebut solat di pelbagai tempat dan video mengajar individu bukan Islam mengucap Dua Kalimah Syahadah.

“Ini yang solat atas jalan tepi stesen minyak tu kan? Yang haritu ajar individu baca syahadah kan? Takut silap orang,” tulis seorang netizen.

“Ajak orang lain peluk Islam tapi dia peluk perempuan,” tulis seorang lagi pengguna.

Ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan mengapa Aisar perlu memeluk Fify sedangkan tarian dan lagu tersebut tidak memerlukan sesiapa untuk berpeluk.

Namun begitu, sedar dengan kecaman warga maya, rakaman video berpelukkan tersebut telah dipadam oleh Fify dari laman TikToknya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content