Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeHIBURANDikatakan Tiada Didikan Agama, Puteri Balqis ‘Sound’ Mia Sara

Dikatakan Tiada Didikan Agama, Puteri Balqis ‘Sound’ Mia Sara

Tidak habis dengan kontroversi, nama pelakon Mia Sara kembali menjadi bualan wargamaya selepas mengeluarkan pendapat tersendiri tentang kehidupan rakan seperjuangannya dalam dunia hiburan, Puteri Balqis.

Mia atau nama sebenar, Mia Sara Nasuha, 17, meninggalkan komen di satu video yang dikongsi seorang pengguna TikTok tentang Puteri Balqis dengan memaklumkan perilaku pelakon Puteri Balqis, 15, itu terjadi kerana dia (Puteri Balqis) tidak mendapat didikan agama sejak kecil jadi tidak boleh menyalahkan pelakon itu.

“Dia (Puteri Balqis) tidak di didik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi janganlah letakkan kesalahan tersebut atas dirinya,” tulis Mia Sara di ruangan komen pengguna TikTok tersebut.

Komen yang ditinggalkan Mia Sara pada video yang dimuat naik oleh @smileyfaceee7

Walau bagaimanapun kenyataan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati Puteri Balqis, kerana menganggap Mia memburuk-burukkan dirinya di dalam platform TikTok tersebut.

Balqis juga turut memaklumkan yang dirinya teruk dikecam oleh banyak pihak selepas Mia memberikan komen tersebut.

“Saya baru tahu tentang ini. Kenapa selebriti kanak-kanak Mia Sara ini menulis perkara-perkara buruk tentang saya dan hidup saya di TikTok dan mengulasnya di hadapan orang ramai? Betapa ‘malaikat’ kamu. Saya dikutuk oleh ribuan orang selepas dia memberi komen tentang saya,” tulis Balqis panjang lebar di laman Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Balqis turut berasa sedih dan marah kerana nama ibunya, Norashikin Mohd. Aziz juga terpalit sekali dalam perselisihan faham yang berlaku itu.

“Orang yang diperkatakan itu adalah ibu saya. Satu-satunya wanita dan individu yang paling menyayangi saya. Tindakan itu membuatkan saya sakit hati yang tak tertahan,” ulas Balqis lagi.

Menurutnya juga, ibunya itu telah membesarkan dan mendidiknya mengenai perkara yang baik-baik sejak kecil lagi dengan menegaskan bahawa ibunya tidak pernah mendidiknya untuk mencaci orang lain walaupun perkara itu menyakitkannya.

Balqis bagaimanapun sempat juga menasihati Mia agar tidak menjadikan tudung yang dipakainya itu sebagai ‘tiket’ untuk berkata buruk tentang orang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content