Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHIBURANUsia Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun, Shila Amzah Sah Bercerai Talak Satu

Usia Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun, Shila Amzah Sah Bercerai Talak Satu

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengesahkan bahawa hubungan antara dia dan suaminya, Haris Idraki Elias sudah berakhir pada Selasa lalu.

Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, 31, mengesahkan khabar duka tersebut melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya pada petang semalam.

Shila bagaimanapun tetap menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan penceraiannya berjalan dengan lancar serta turut memaklumkan bahawa dia dan bekas suami akan tetap menjaga dan menyayangi putera mereka, Seth Uwais dengan baik sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami sudah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila,” tulis Shila di ruang kapsyen.

Sebelum hantaran mengenai penceraiannya tersebut dimuat naik, Shila memuat naik satu hantaran gambarnya dengan kapsyen yang menggambarkan kesedihannya.

“Hari yang mendung, semendung hati,” tulisnya.

Menerusi Instastory, Shila menganggap setiap apa yang terjadi itu satu ketentuan yang akan membuatkan suatu perkara itu menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Dia turut menyatakan yang tidak ada seorang insan termasuk dirinya yang inginkan perpisahan berlaku selepas mendirikan rumah tangga, namun menurutnya hidup perlu diteruskan.

“Semua orang berkahwin adalah untuk mencari kebahagiaan. Tidak ada orang di dalam dunia ini yang berkahwin untuk berpisah. Apa sahaja kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. Jadi, marilah teruskan hidup semoga di masa depan akan menjadi lebih baik,” kata penyanyi lagu Patah Seribu itu.

Shila telah mengejutkan ramai orang pada Disember tahun lalu dengan memaklumkan bahaawa dia dan bekas suaminya sudah tidak tinggal sebumbung dan dia sudah menfailkan perceraian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content