Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASAMotosikal Dinaiki Dua Wanita Terbabas Selepas Penumpang Buka Pintu Kereta Secara Tiba-Tiba

Motosikal Dinaiki Dua Wanita Terbabas Selepas Penumpang Buka Pintu Kereta Secara Tiba-Tiba

Tular di media sosial tentang satu rakaman video yang menunjukkan motosikal yang dinaiki dua orang wanita terbabas selepas seorang penumpang tidak bertanggungjawab membuka pintu kereta secara tiba-tiba.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 22 saat itu, seorang penumpang sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan tiba-tiba membuka pintu kereta bahagian penumpang di tengah jalan yang mengakibatkan sebuah motosikal yang dinaiki dua wanita terbabas sehingga melanggar kereta lain.

Kemalangan tersebut berjaya dirakam dashcam dari sebuah kereta yang berada di belakang kereta Vios tersebut.

Berdasarkan laporan, kejadian tersebut berlaku di Melaka ketika kenderaan lain sedang berhenti di lampu isyarat.

Walau bagaimanapun, kedua-dua wanita tersebut dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pembonceng motosikal tersebut bangun dan menuju ke arah kereta Vios tersebut.

Rakaman video tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata mengecam tindakan wanita yang membuka pintu kereta bahagian penumpang tersebut.

Tindakan membuka pintu kereta secara tiba-tiba itu dikatakan tidak bertanggungjawab kerana boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content