Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeHIBURANWargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Faizal Tahir Terhadap Anak-Anak

Wargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Faizal Tahir Terhadap Anak-Anak

Nama Faizal Tahir memang tidak asing lagi di Malaysia, memandangkan dia merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara yang hebat dan sikap yang baik.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter dan TikTok apabila penyanyi tanah air tersebut berkongsi rakaman video yang menunjukkan dia menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Dalam video tersebut menunjukkan Faizal Tahir bergegas menaiki kereta untuk menghantar empat orang anaknya itu ke sekolah kerana telah terlewat.

“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yang lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah,” tulisnya di ruang kapsyen bagi video berdurasi kurang dari dua minit tersebut.

“Lambat sikit ya harini, Abah minta maaf ya anak-anak,” kata Faizal yang sempat memohon maaf kepada anak-anaknya kerana kelewatan dia menghantar mereka ke sekolah.

Penyanyi lagu Sampai Syurga tersebut juga sempat memberitahu anak-anaknya jika ditanya oleh guru mengapa mereka lambat ke sekolah, jawab sahaja bahawa dia yang terlewat dan patut dipersalahkan.

“Cakap minta maaf cikgu, salahkan abah saya,” ujar Faizal yang mengaku silapnya.

@faizal_tahir

Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅

♬ original sound - Faizal Tahir - Faizal Tahir

Dalam perjalanan menghantar anak-anaknya ke sekolah, Faizal turut sempat menegur perilaku anak-anaknya sambil menasihati mereka dengan nada yang tegas namun ada lembutnya.

Perkara itu membuatkan rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberikan pujian terhadapnya atas didikan sebegitu kepada anak-anaknya.

“Bagus penelitian dia dalam berkata-kata dgn anak. Kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang hal macam ni. Dan berlaku marah keterlaluan dengan anak. Video mcm ni bagus pada semua orang, kita boleh semak cara layanan kita pada kanak-kanak. Saya juga termarah anak terlalu ikut emosi juga,” tulis seorang pengguna di Twitter.

“Alahai, boleh menangis dengar orang cakap lembut macam ini. Didikan bagus yang dia dapat macam itu lah dia didik anaknya,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan telah dikurniakan tujuh orang anak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceTikTok
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content