Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniSempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Sempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pihak MPN bersetuju untuk membuka sempadan negara Malaysia sepenuhnya tanpa perlu untuk melakukan kuarantin wajib pada 1 Mac ini.

Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas mendengar cadangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

“Majlis (MPN) bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan untuk kuarantin wajib,” kata Muhyiddin dalam sidang media Mesyuarat MPN petang tadi.

Namun begitu, pembukaan sempadan itu perlu dilakukan dengan terancang dan mengambil kira semua jenis penilaian risiko.

Pembukaan sempadan itu melibatkan semua negara di dunia tanpa perlu memilih negara mana yang tidak dibenarkan masuk ke sempadan Malaysia seperti yang sedang dilakukan sekarang.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia,” katanya.

Walaupun tidak perlu untuk melakukan kuarantin wajib, ujian Covid-19 masih perlu dilakukan sebelum berlepas dan sebaik sahaja tiba di pintu sempadan negara seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Syarat-syarat tertentu, Prosedur Operasi Standard (SOP) serta beberapa hal yang berkaitan dengan pembukaan semula sempadan ini akan diumumkan sendiri oleh pihak KKm dalam masa yang terdekat ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content