Setelah sekian lama tidak ada sebarang khabar berita yang dimuat naik di laman sosial, pelawak terkenal tanah air, Shuk Sahar kembali tular dengan gosip ‘panas’ dirinya.
Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, merupakan individu yang sangat dikenali oleh ramai orang bukan hanya kerana dia merupakan seorang pelawak namun turut dikenali kerana sering terpalit dengan kontroversi rumah tangganya yang seolah tiada penghujung.
Baru-baru ini tular satu video di laman TikTok yang merakamkan pelawak tersebut sedang makan di sebuah restoran bersama seorang wanita yang dipercayai wanita sama yang dikaitkan dengan kisah skandalnya dahulu.
Rakaman video tersebut dirakam oleh seorang pemuda yang tidak sengaja terlihat Shuk di restoran tersebut dan dimuat naik di laman TikTok dengan kapsyen ‘Ada yang kenal ke?’

Sebaik sahaja rakaman video tersebut tular, netizen pantas menjalankan ‘kerja’ dengan menjengah laman Instagram wanita berkenaan dan mendapati tudung yang dipakai wanita di dalam rakaman video tersebut sama dengan gambar yang pernah dimuat naik wanita tersebut di Instagram sebelum ini.
Susulan itu, ada komen dari pengguna TikTok yang mendakwa dia ternampak Shuk dengan wanita tersebut satu lokasi di Penang.

“Semalam nampak shuk dengan perempuan mana tah nak melintas jalan pergi ke kampung Agong masa tu aku bawa moto,” tulis pengguna tersebut.
Rata-rata pengguna TikTok tidak bersetuju dengan tindakan Shuk berlaku curang lagi walaupun sudah dimaafkan berkali-kali oleh isterinya, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan dikatakan sudah berbaik semula dengan isteri.