Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASAKesihatan Semakin Pulih, Tun M Dibenarkan Pulang

Kesihatan Semakin Pulih, Tun M Dibenarkan Pulang

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu selepas keadaan kesihatannya sudah semakin pulih.

Walau bagaimanapun, Tun M masih perlu untuk ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas ini untuk menjalani sesi fisioterapi dan rawatan susulan.

Menurut kenyataan media yang dibuat daripada pejabatnya, beliau dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan dari mana mana pihak untuk memastikan kesihatan beliau kekal berada ditahap yang baik.

“Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini Tun masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat,” kata kenyataan tersebut.

Menurut satu rakaman video yang dimuat naik di akaun sosial medianya, Tun memaklumkan bahawa dia sudah pulih tetapi tidak sepenuhnya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah pulih...tak sepenuhnya,” kata Tun Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

Tun M juga turut memaklumkan bahawa selepas dibenarkan pulang ke rumah, dia masih berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Di kesempatan itu, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah juga sempat mentampaikan ucapan terima kasih kepada semua atas doa, kiriman Bungan dan kad ucapan kepadannya.

“Ramai yang hantar bunga, kad dan sebaginya. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih. Harapan saya, dalam jangka masa tidak lama, saya akan pulih sepenuhnya,” ujar Tun dalam nada yang lemah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content