Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHIBURANBergelar Suami Di Usia Muda, Usop Harap Dapat Jadi Yang Terbaik Untuk...

Bergelar Suami Di Usia Muda, Usop Harap Dapat Jadi Yang Terbaik Untuk Fatihah

Selepas dua tahun perkenalan dan menjalinkan hubungan, naib juara program realiti TV, Usop telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Fatihah.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan bapa kepada Fatihah atau lebih dikenali dengan nama Teha, pasangan merpati dua sejoli itu selamat diijab kabulkan.

Majlis pernikahan itu dilakukan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mas kawin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara pembatalan air sembahyang diserahkan oleh Usop pada majlis tersebut.

Pihak pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki pada majlis yang harmoni itu.

Dikesempatan itu, penyanyi lagu Aku Yang Bersalah itu sempat berterima kasih kepada ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak serta individu lain yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis kecilnya itu.

Henna Night Usop dan Teha (Sumber Gambar kakiklikphotography)

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” ujar Usop.

Bagaimanapun, Usop dan isteri tidak terburu-buru untuk mendapatkan zuriat dan menyerahkan semuanya kepada rezeki. Mereka lebih memfokuskan untuk membina kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri.

Majlis resepi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki pula akan diadakan pada 13 Februari 2022 nanti di Kulim, Kedah.

Sebagai tambahan, Usop dan Teha mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content