Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASATular Peniaga Medan Selera Terkenal Di Penang Bergaduh Kerana Berebut Pelanggan?

Tular Peniaga Medan Selera Terkenal Di Penang Bergaduh Kerana Berebut Pelanggan?

Georgetown – Tular di media sosial tentang pergaduhan yang berlaku di salah sebuah medan selera terkenal di Pulau Pinang iaitu Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, di sini, semalam.

Video berdurasi 1 minit 22 saat yang merakamkan pergaduhan yang dipercayai berlaku antara peniaga-peniaga medan selera tersebut tular sejak Rabu malam lagi.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kompleks makanan Medan Renong Padang Kota Lama, Asmadi Mohd Razuki berkata pergaduhan tersebut berlaku kerana perselisihan faham di antara peniga yang berniaga di medan selera tersebut.

Asmadi turut menegaskan bahawa pergaduhan tersebut bukanlah tercetus antara pelanggan dengan peniaga seperti yang diperkatakan di media sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, pergaduhan itu berlaku ketika medan selera tumpuan pelancong tersebut dipenuhi dengan pelanggan yang sedang menikmati juadah dan ada yang sedang menunggu hidangan yang telah dipesan.

Gambar (kiri) menunjukkan seorang pelanggan membaling air teh ais
Gambar (kanan) menunjukkan adegan membaling kerusi

Pergaduhan tersebut ‘dimeriahkan’ lagi dengan adegan membaling kerusi dan ada juga yang turut melamparkan air minuman dipercayai air teh ais ke arah kumpulan yang sedang bergaduh itu.

Akibat daripada adegan tersebut ramai pelanggang yang rata-ratanya berkeluarga dan membawa anak kecil terpaksa beredar dari lokasi kejadian untuk mengelakkan terjadi sesuatu yang buruk terhadap keluarga mereka.

Bagaimanapun, pergaduhan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ciap seorang pengguna laman Twitter yang memberi pilihan kepada pelancong di Penang untuk makan di tempat lain.

“Tolong la orang luar jangan makan sini, samseng berebut customer, harga cekik darah, makanan tak sedap. Pilihan lain adalah makan dekat Gurney Drive,” ciap seorang pengguna Twitter.

Ada juga yang turut bersimpati atas pelanggan yang berkunjung ke medan selera tersebut untuk menjamu selera.

“Kasihan tengok orang tak bersalah terpaksa beredar cari tempat lain. Sedang menikmati rezeki dengan keluarga, ada orang gaduh. Lagi-lagi, budak-budak dan orang tua ada. Ikutkan baran macam ni lah jadi.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceTwitter
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content