Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHIBURANDiceraikan Melalui Aplikasi WhatsApp Bukan Satu Isu Yang Perlu Diperbesarkan Bagi Aishah

Diceraikan Melalui Aplikasi WhatsApp Bukan Satu Isu Yang Perlu Diperbesarkan Bagi Aishah

Penyanyi lagenda, Aishah atau nama sebenar, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, 57, menegaskan bahawa cara bekas suaminya menceraikan dia melalui WhatsApp bukanlah satu isu yang amat besar baginya.

Aishah beranggapan bahawa penceraian itu mungkin adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak agak tidak terjadi perkara yang lebih teruk di masa akan datang.

“Tak ada isu cara saya diceraikan. Mungkin lebih baik begitu untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih keruh,” ulas Aishah tentang statusnya kini.

Namun begitu, Aishah akui dia tetap merasa sedih dengan perpisahan yang berlaku dan dia juga turut menitiskan air mata ketika lafaz talak itu dilafazkan oleh bekas suaminya itu.

“Bagi saya, kalau sedih menangis sahaja. Apa yang penting perlu kembali kuat dan terus jalani hidup seperti biasa,” katanya.

Menurut pelantun lagu Janji Manismu itu juga, anak-anaknya juga dikatakan okay dengan apa yang terjadi terhadap dirinya dan bekas suami.

Beliau juga menegaskan bahawa anak-anaknya itu sentiasa ada bersamanya walau apa jua keadaan yang berlaku.

Baru-baru ini Aishah telah mengejutkan ramai orang dari kalangan rakan artis dan peminat apabila mengesahkan bahawa dia dan suaminya sudah pun bercerai dengan talak satu pada 25 Disember lalu.

Sebagai tambahan, perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempatnya dan Aishah mempunyai dua cahaya mata hasil dari perkahwinan pertama dan perkahwinan keduanya.

Aishah dan dua orang anak lelakinya.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content