Sunday, August 14, 2022
spot_img
HomeHIBURANTimang Cahaya Mata Sulung, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal

Timang Cahaya Mata Sulung, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulungnya di salah sebuah pusat perubatan di ibu negara pada jam 3.44 petang, 29 Januari lalu.

Dalam satu hantaran di media sosial, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz turut mendedahkan bahawa dia dan isteri memilih nama Muhammad Bilal untuk putera mereka.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” tulisnya.

Haris juga sempat memohon agar semua yang membaca agar menitipkan doa yang baik-baik untuk kesejahteraan isterinya dan putera sulung mereka.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujar PU Riz.

Dikesempatan itu juga, Neelofa dan Haris juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas doa-doa yang telah dikirimkan dari semua sejak mereka mendirikan rumah tangga sehinggalah mereka menimang cahaya mata sulung.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Di ruangan komen dan media sosial milik Neelofa itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa dari rakan selebriti dan peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat Neelofa dan puteranya itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content