Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCaj Transaksi ATM RM1 Dikenakan Semula Bermula Esok

Caj Transaksi ATM RM1 Dikenakan Semula Bermula Esok

Sejak April tahun 2020, pihak bank telah mengecualikan caj pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang automatic (ATM) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menggalakkan orang ramai untuk pergi ke ATM yang jauh supaya tidak hanya tertumpu pada satu ATM sahaja.

Walau bagaimanapun, caj pengeluaran bernilai RM1 tersebut akan dikenakan semula bermula esok, 1 Februari 2022.

Notis hebahan mengenai caj pengeluaran tersebut telah diwar-warkan oleh beberapa bank termasuklah Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, Citibank, HSBC dan juga RHB Bank sejak Disember tahun lalu lagi.

Sejak hebahan mengenai caj pengeluaran di mesin ATM tersebut tersebar di laman sosial, pelbagai reaksi dan respon dari pengguna media sosial yang seolah mengkritik tindakan pihak bank yang kembali mengenakan caj pengeluaran tersebut.

Ada pengguna yang berkata caj RM1 itu akan menyebabkan orang ramai kembali beratur panjang di beberapa buah ATM, ada juga yang mengatakan bahawa pihak bank kedekut kerana tidak mapu untuk menyerap caj RM1 itu.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content