Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHIBURANHaziq, Wartawan Cilik Tergamam Terima Video Call Daripada Nabila Razali?

Haziq, Wartawan Cilik Tergamam Terima Video Call Daripada Nabila Razali?

Wartawan cilik, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang tular selepas memuat naik video melaporkan berita ‘ular sawa yang amat-amat besar’ baru-baru ini tergamam selepas menerima panggilan video daripada penyanyi yang diminatinya, Nabila Razali.

Menerusi video yang dikongsikan pelantun lagu Peluang Kedua itu, Nabila berkongsi yang dia ingin membuat satu panggilan video istimewa dengan menghubungi Haziq kerana mendapat khabar daripada seseorang bahawa wartawan cilik yang berasal dari Bukit Selambau, Kedah ini merupakan peminatnya.

“Hari ini saya nak buat spesial video call kepada adik Haziq yang buat report pasal ular sawa yang amat-amat besaq (besar) tu.

Sepanduk yang di tulis oleh Haziq - Facebook ibu Haziq (Qiela Zainol)

“Dengarnya waktu 2020 adik Haziq ada buat artwork, dengarnya dia macam peminat Nabila Razali, so Bella nak bagi dia video call nak surprise kan dia dan tengok reaksi dia,” ujarnya didalam video yang dikongsikan di laman Instagram.

Semasa dihubungi, Haziq kelihatan tergamam dan terkejut selepas melihat penyanyi kesukaannya itu menghubunginya melalui panggilan video.

Reaksi terkejut Haziq semasa menerima panggilan video dari Nabila Razali

Dalam panggilan video tersebut Nabila Razali sempat bertanyakan sama ada betul atau tidak Haziq meminatinya dan Haziq menjawab dia sangat meminati penyanyi lagu Cumi Cumi itu.

“Sepi…. Sepi apa tak tau,” nyanyi adik Haziq selepas Nabila menanyakan lagu apa yang diminatinya.

Nabila kelihatan sangat terhibur dengan telatah Haziq yang salah menyanyikan lirik lagu Peluang Kedua itu.

Di kesempatan itu, Haziq juga sempat berkongsi cita-citanya yang ingin menjadi seorang cef suatu hari nanti kerana dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan.

Haziq bercita-cita untuk menjadi seorang cef

Nabila turut mendoakan segala impian Haziq dapat dicapai dan semua urusan wartawan cilik tersebujt dipermudahkan.

“Kak Bella doakan supaya semua impian Haziq tercapai, jadi cef yang hebat dan dapat pengiktirafan yang paling tinggi dalam dunia, jangan lupa jadi anak yang soleh. Belajar rajin-rajin,” doa Nabila untuk Haziq.

Haziq sebelum ini mendapat perhatian warga maya selepas dia memuat naik video seperti seorang pengulas berita semasa penemuan ular sawa yang besar dalam longkang di Pasar Bukit Selambau, Kedah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content