Pelakon dan pelawak, Vicha akhirnya mendedahkan wajah suaminya yang dikenali sebagai Johnson selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman baru-baru ini ada mengumumkan bahawa dia sudah tiga tahun berkahwin dengan pasangannya namun tidak berkongsi wajah suaminya itu.
Setelah beberapa lama merahsiakan wajah suaminya, Vicha akhirnya berkongsi wajah pasangannya itu ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan karibnya, Syura Badron.
Vicha berkata dia ada membuat perjanjian dengan Syura untuk mendedahkan wajah suami masing-masing apabila mereka sudah bersedia nanti.

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya,” katanya.
Menurut Vicha juga, Johnson merupakan seorang yang pemalu mengambil gambar di depan kamera jadi mereka jarang sekali bergambar bersama.
“Kalau boleh kita cakap selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami berdua hanya ada beberapa sahaja,” tulis Vicha di kapsyen Instagramnya.

Sejak mengumumkan perkahwinannya, rata-rata netizen mengirimkan mesej di Instagram Vicha yang berhasrat untuk melihat wajah suaminya.