Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniMasalah Kewangan Jadi Punca Isteri Tikam Suami Hingga Mati

Masalah Kewangan Jadi Punca Isteri Tikam Suami Hingga Mati

SEREMBAN – Seorang wanita dipercayai menikam suaminya sehingga mati di sebuah rumah di Rasak Kemayan Golf & Country Township pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.11 petang dimana mangsa yang berumur 56 tahun itu ditikam dengan senjata tajam pada bahagian dada dan pinggang oleh isterinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihak polis menerima laporan  kejadian daripada anak perempuan mangsa yang berusia 18 tahun.

“Polis telah ke lokasi untuk siasatan lanjut dan menemui mangsa di bahagian dapur rumah dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri,” katanya.

Menurut Nanda, suspek dan mangsa mempunyai empat anak dan ketika kejadian berlaku, anak ketiga dan bongsu berada di rumah.

Siasatan awal mendapati masalah kewangan menjadi punca si isteri menikam si suami.

Sumber; Sinar Harian

Bagaimanapun, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry telah mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 30 Januari kepada suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Tahanan reman dikeluarkan kepada suspek supaya siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content