Youtuber terkenal, Aisar Khaled baru-baru ini mendedahkan tangkap layar antara dia dan seorang peniaga di Instagram yang memaparkan pihak peniaga tersebut menawarkan bayaran hanya RM10 untuk tujuan review.
Dalam tangkap layar yang dimuat naik oleh Aisar di InstaStory itu menunjukkan Aisar bertanyakan kepada si peniaga sama ada masih berminat untuk membuat review dengannya.
Peniaga tersebut membalas soalan tersebut dengan mengatakan dia berminat untuk membuat review namun meminta agar Aisar membuat review terlebih dahulu dan dia akan membayar RM10 secara ansuran dalam tempoh enam bulan.
Sehubungan dengan itu, Aisar akui sedikit terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut.
Aisar yang juga seorang pelakon akui dia banyak melakukan kesalahan sebelum ini namun menurutnya, dia juga hanya manusia, tidak wajar sekiranya pihak peniaga memerlinya sebegitu.

“Kepada IG Shop, janganlah menganj*ng saya kalau nak buat review ada caranya bukan peril orang.
“Tahulah saya banyak buat kesalahan sebelum ini, saya pun manusia biasa,” tulisnya di InstaStory meluahkan rasa kecewa.
Tidak cukup dengan itu, Aisar juga meminta agar peniaga di Instagram belajar cara untuk menghormati orang lain supaya pihak yang diminta pertolongan itu mahu menghulurkan bantuan kepada mereka.
Aisar baru-baru ini tular di media sosial selepas dia berkongsi video yang menunjukkan dirinya sedang solat di beberapa lokasi termasuk di stesen minyak, bengkel dan gimnasium.
Video yang dikongsinya itu menerima kececaman hebat dari netizen yang rata-rata menngatakan bukan susah untuk mencari ruang solat yang betul di Malaysia ini dan konsep boleh solat dimana-mana yang ingin ditonjolkan oleh Aisar itu tidak kena dengan tempat.