Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeHealth & FitnessCOVID-19Seramai 44 Orang Pelajar Positif Covid-19

Seramai 44 Orang Pelajar Positif Covid-19

KOTA BHARU – 44 orang pelajar asrama di sebuah sekolah di Jalan Embi, Kota Bharu Kelantan didapati positif Covid-19.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, kluster yang dikenali sebagai Kluster Embi Telipot ini telah diisytihar sejak 14 Januari lalu dan lebih 200 orang kontak rapat dari kluster berkenaan telah dapat dikesan.

“Sehingga Isnin, sebanyak 44 kes positif Covid-19 dikesan yang membabitkan pelajar asrama sekolah tersebut.

“Semua kontak rapat sudah diminta untuk menjalani kuarantin wajib,” katanya.

Baru-baru ini tular di aplikasi Whatsapp gambar yang menunjukkan sekumpulan pelajar berada berdekatan dengan sebuah bas milik Jabatan Kesihatan Negeri di kawasan sekolah berkenaan.

Turut tular, mengatakan kes dari kluster tersebut dipercayai bermula dari jangkitan ibu kepada seorang pelajar Tingkatan Enam yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci.

Walau bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan tersebut menafikan dakwaan tersebut kerana pihaknya masih belum dapat keputusan sebenar varian yang diambil dari sampel ibu bapa pelajar tersebut.

“Pihak kami hanya boleh sahkan yang terdapat kluster Covid-19 di sekolah tersebut yang membabitkan pelajar asrama namun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kes tersebut merebak,” katanya.

Pejabat Kesiahatan Daerah Kota Bharu mencadangkan supaya pihak sekolah menangguhkan proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sehingga 25 Januari.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content