Mawar Karim yang merupakan bekas isteri Fizo Omar baru-baru ini ada memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Wan Maryam berdiri seorang diri ketika sedang bercuti bersama Fizo dan isterinya di Johor Bahru.
Perkongsian Mawar itu telah mengundang kritikan netizen dengan menganggap Mawar atau nama sebenar Mawar Abdul Karim itu seolah-olah masih belum ‘move on’ dari perkahwinannya yang lalu.
Menurut Mawar, foto Maryam berseorang itu dikirimkan oleh seseorang yang dirahsiakan identiti kepadanya.

“Ada hamba Allah yang hantar gambar dekat saya. Jadi mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” ujar Mawar.
Perkongsian Mawar di InstaStory itu seakan menyifatkan percutian Maryam bersama bekas suaminya dan isteri baharu itu tidak seindah yang disangka.
Tidak cukup dengan itu, Mawar juga turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan Maryam menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ berulang kali apabila dia menanyakan mengapa anaknya itu bersendirian.

“Maryam cari daddy, panggil daddy. Maryam sad,” ujar Maryam dalam InstaStory yang dimuatnaik oleh Mawar.