Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniPengisytiharan Fasa Endemik Negara Ini Ditangguhkan

Pengisytiharan Fasa Endemik Negara Ini Ditangguhkan

Berikutan peningkatan varian Omicron Covid-19 di negara ini, pihak kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pengisytiharan fasa ‘Peralihan ke Endemik’.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada awalnya kerajaan ingin mengumumkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ pada minggu pertama Januari.

Namun begitu, berikutan peningkatan kes varian Omicron yang berpunca dari daripada individu yang kembali dari luar negara, pegumuman tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan tersebut, penangguhan berkemungkinan mengambil masa sehingga satu atau dua minggu lagi kerana ada beberapa perkara yang perlu dimaklumkan kepada rakyat Malaysia jika peralihan fasa tersebut diumumkan.

“Sebagi contoh, prosedur operasi standard (SOP) kita akan kurangkan kepada satu sahaja iaitu usaha untuk ‘Self Testing Trace’ yang sudah diumumkan sebelum ini, semua itu kita kena didik orang ramai apabila ia dimuktamadkan nanti,” ujarnya.

Pihak kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan ‘Peralihan ke Endemik’ kerana kesemua negeri di Malaysia telah pun memasuki fasa ke-4.

Ketika ditanya sama ada kelewatan langkah kerajaan membuat pengisytiharan ke fasa endemik itu bakal memberi kesan kepada negara, beliau menjelaskan, situasi di banyak negara di dunia ketika ini juga cukup membimbangkan.

“Walaupun varian Omicron ini mungkin dari segi kesan jangkitan adalah kurang berbanding varian lain, tetapi dengan penularan secara besar-besaran, ia akan menjejaskan kesihatan rakyat, selain memberi tekanan kepada penggunaan katil-katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital kita,” ulasnya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content