Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeHealth & FitnessCOVID-19Isteri Hamil 5 Bulan Positif Covid-19, Harith Zazman Akui Risaukan Isteri Dan...

Isteri Hamil 5 Bulan Positif Covid-19, Harith Zazman Akui Risaukan Isteri Dan Kandungan

Penyanyi baru, Harith Zazman memaklumkan dia dan isterinya, Nuramalina Ghakashah disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu.

Walau bagaimanapun, Harith memaklumkan dia dan isteri yang sedang hamil anak sulung mereka dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

Menurut Harith, isterinya yang kini hamil 5 bulan mengalami simptom ringan seperti sakit tekak, selesema dan batuk di awal jangkitan tetapi keaadannya sudah semakin pulih dari hari ke hari.

Selain symptom Covid-19 tersebut, Harith memaklumkan bahawa selepas kandungan isterinya telah memasuki trimester kedua ini, isterinya hanya alami alahan muntah-muntah.

"Semasa dimaklumkan positif, kami terus pergi untuk buat pemeriksaan dan doktor maklumkan isteri dan kandungannya baik-baik sahaja dan dibenarkan untuk kuarantin di rumah.

"Kami tak mengalami simptom teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua. Syukur ramai kenalan dan peminat yang bagi kata-kata semangat minta kami positif dan bertenang,” ujarnya.

Harith dan isterinya tidak tahu dari mana mereka dijangkiti virus tersebut tetapi tetap berfikiran positif dengan menganggap ada hikmah atas apa yang berlaku padanya dan isteri.

Sebagai tambahan, penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being Cute) itu memaklumkan bahawa bakal cahaya mata mereka yang pertama merupakan seorang bayi lelaki dan isterinya dijangka melahirkan anak pada bulan Mei depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourcemStar
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content