Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCovid: Kes Jangkitan Varian Delta Semakin Meningkat Di Kelantan

Covid: Kes Jangkitan Varian Delta Semakin Meningkat Di Kelantan

KOTA BHARU – Sejak 26 Disember yang lalu, jangkitan kes Covid-19 varian Delta di Kelantan semakin membimbangkan apabila sebanyak 60 kes telah direkodkan sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes-kes tersebut dikesan menerusi kajian berterusan makmal Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan tersebut, jumlah keseluruhan kes varian Delta dicatatkan di negeri Kelantan adalah sebanyak 170 kes.

Penularan varian ini yang tinggi dalam masa sembilan hari amat membimbangkan kerana varian ini berbahaya dan boleh merebak dengan cepat.

“Varian ini sudah lama berada dalam komuniti kita dan jangkitannya terlalu cepat jika individu yang positif tidak mengambil langkah kuarantin diri,” katanya.

“Kes jangkitan Covid-19 varian Beta pula adalah sebanyak 27 kes yang dikesan di negeri ini sehingga semalam,” tambah Datuk Dr Zaini Hussin.

Buat masa ini masih tiada lagi kes yang melibatkan varian Omicron di negeri itu tetapi kes keseluruhan jangkitan kes varian Delta dan Beta adalah sebanyak 197 kes.

Beliau juga meminta agar penduduk di negeri itu terus berhati-hati dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar tiada varian baru yang dapat masuk ke negeri itu.

“Masyarakat juga dinasihatkan menjaga diri dan tidak terlalu selesa walaupun negeri ini sudah masuk ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

“Fasa Empat bukan tiket untuk kita bebas ke mana-mana saja dengan tidak mematuhi SOP kerana jangkitan kes COVID-19 masih tinggi,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content