Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeHIBURANRaysha Rizrose Nafi Majlis Kakaknya Langar SOP

Raysha Rizrose Nafi Majlis Kakaknya Langar SOP

KUALA LUMPUR – Berikutan majlis perkahwinan yang tular kerana didakwa tidak mematuhi SOP baru-baru ini, adik pengantin perempuan, Raysha Rizrose tampil memberi kenyataan dengan menafikan dakwaan yang mengatakan majlis kakaknya, Uqasha Senrose dan kamal Adli itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Raysha atau nama sebenar Farza Naaquraisha Mohd Fariz menjelaskan bahawa tetamu-tetamu yang hadir di majlis perkahwinan kakaknya itu diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Pelakon jelita itu turut menjelaskan bahawa video yang tular di media sosial itu dirakam setelah selesai sesi fotografi antara pasangan pengantin itu dengan ahli keluarga dan jemputan yang lain.

“Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap,” jelasnya.

Menurutnya Raysha yang juga merupakan pengiring pengantin di majlis tersebut, tiada istilah melanggar SOP kerana jumlah tetamu yang hadir adalah terhad dan majlis tersebut dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Tetamu yang hadir pada hari itu hanyalah kaum keluarga dan rakan yang terdekat sahaja. Mereka yang datang wajib untuk lakukan ujian saringan RTK Antigen terlebih dahulu, memakai pelitup muka serta perlu mengimbas kod MySejahtera. Tetamu juga perlu lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir,” tambahnya.

Raysha percaya bahawa semua yang hadir di majlis tersebut sedar betapa tingginya risiko dan betapa bahayanya virus tersebut kerana virus itu telah menyerang kita hampir dua tahun.

“Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.

“Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih untuk pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP," katanya.

Adik pengantin perempuan tersebut turut menjelaskan bahawa dia sedia untuk memberi kerjasama sekiranya dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi keterangan berhubung majlis perkahwinan tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content