Wednesday, June 29, 2022
spot_img
HomeLIFESTYLENak Kulit Cantik Tapi Tak Mahu Keluarkan Belanja Yang Tinggi?

Nak Kulit Cantik Tapi Tak Mahu Keluarkan Belanja Yang Tinggi?

Setiap orang pasti inginkan kulit yang bersih, cantik dan sihat, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kecantikan tidak semestinya hanya untuk golongan wanita. Ada juga golongan lelaki yang suka menjaga kecantikan wajah.

Ramai yang ingat untuk dapatkan kulit yang cantik, kita perlu keluarkan duit yang banyak. Kita perlu beli produk yang mahal-mahal. Tidak dinafikan bahawa produk mahal ini mempunyai kualiti dan bahan yang baik untuk kulit. Tetapi produk mahal tidak semestinya menjamin untuk seseorang itu untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Tetapi jangan risau, masih ada alternatif lain yang boleh kita gunakan sekiranya tidak mahu keluarkan duit yang banyak hanya untuk penjagaan kulit. Pasti ramai tidak tahu yang sebenarnya banyak bahan yang senang untuk kita dapatkan yang boleh digunakan untuk penjagaan kulit. Yang pasti, harganya memang murah dan mampu milik.

  1. Air Kelapa

Pasti ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang tanpa perlu lakukan suntikan botoks pada wajah. Air kelapa adalah penyelesaiannya. Bagi yang inginkan wajah yang tegang, sapukan air kelapa pada keseluruhan wajah. Selepas itu, biarkan air kelapa tersebut kering diwajah sebelum membilasnya.

  • Beras Pulut

Beras pulut merupakan satu bahan yang sering juga digunakan untuk membersihkan wajah. Fungsi penggunaan beras pulut ini adalah untuk menghilangkan kotoran dan membuang sel kulit mati. Untuk menggunakan beras pulut ini, kita hanya perlu kisar atau tumbuk beras pulut tersebut sehingga halus. Beras pulut yang telah dikisar atau ditumbuk itu kemudiannya digosok pada muka dengan lembut. Lakukan kaedah ini seminggu sekali dan anda akan dapatkan hasil yang mengagumkan.

  • Air Mawar

Air mawar mempunyai banyak khasiatnya untuk kulit. Antaranya ialah dapat mengecilkan pori-pori wajah. Ia kaya dengan vitamin A, C dan E yang boleh membuatkan kulit menjadi lembut. Cara penggunaan air mawar ialah dengan menyembur air mawah pada wajah setiap hari pada waktu pagi dan malam.

  • Madu Asli

Madu asli bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi juga baik untuk wajah. Ia dapat membantu untuk mengecutkan jerawat serta mampu mengurangkan parut jerawat yang gelap. Ini kerana madu berfungsi sebagai antibakteria. Cara penggunaannya adalah dengan mengambil sedikit madu asli dan sapukan pada bahagian yang ada jerawat atau bahagian yang mempunyai parut gelap kemudian biarkan sehingga ia kering sebelum membilasnya.

  • Air Basuhan Beras

Ramai yang tidak mengetahui petua ini dimana air basuhan beras boleh digunakan untuk wajah. Ia sangat berkesan untuk membuatkan wajah seseorang itu berseri. Air basuhan beras yang ketiga boleh disimpan dan biarkan mendapan kanji pada dasar bekas. Setelah ada mendapan dibawah bekas, buang air basuhan tersebut dan sapukan mendapan kanji tersebut pada muka. Biarkan ia kering dan kemudian bilas. Kaedah ini boleh dilakukan tiga kali seminggu.

Tidak susahkan untuk menjaga kulit tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak? Bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah, ada segelintir bahan yang sudah ada dirumah kita jadi tidak perlu keluar untuk membelinya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content