Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniMydin Tidak Menyokong Perbuatan Mencuri Namun Tetap ‘Halalkan’ Kes Kecurian Di Sri...

Mydin Tidak Menyokong Perbuatan Mencuri Namun Tetap ‘Halalkan’ Kes Kecurian Di Sri Muda

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial mengenai insiden pecah masuk ke premis pasaraya popular, MYDIN cawangan Sri Muda, Shah Alam.

Susulan insiden tersebut, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan menghalalkan perbuatan individu yang melakukan kecurian di cawangan tersebut demi meneruskan kelangsungan hidup akibat banjir.

Pengarah Urusan Mydin tidak menyokong sama sekali perbuatan mencuri tersebut namun dalam keadaan darurat seperti sekarang ini, beliau menganggap ‘si pelaku’ mungkin tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

Kenyataan Media Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Ameer Ali sangat memahami situasi yang sedang dialami mangsa-mangsa banjir sekarang ini dan turut tersentuh hati dan bersimpati dengan insiden yang melanda lebih-lebih lagi dalam keaadan negara yang masih berperang dengan wabak Covid-19 ini.

Dalam pada itu, beliau turut sama berdoa kepada Allah agar mangsa yang terlibat dalam bencana banjir ini selamat dan wabak Covd-19 ini cepat berakhir.

Cawangan Mydin Mart di Sri Muda Shah Alam turut sama musnah akibat banjir besar yang berlaku di negeri itu dan mengakibatkan kerugian yang besar bernilai jutaan ringgit.

Foto: Pegawai Polis Shah Alam
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content