Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeHIBURANTidak Guna Aset Kerajaan, Jovian Mandagie Bidas Isu Pulang ke Rumah Naik...

Tidak Guna Aset Kerajaan, Jovian Mandagie Bidas Isu Pulang ke Rumah Naik Helikopter

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter tentang seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, Jovian Mandagie apabila dia memuat naik video menaiki helikopter untuk pulang ke rumah disaat orang ramai sedang bergelut dengan bencana banjir.

Jovian dikatakan menggunakan aset kerajaan untuk tujuan peribadi semasa terkandas di satu lokasi akibat banjir hanya kerana dia merupakan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri.

Berang dengan dakwaan yang dibuat oleh netizen di Twitter dan laman media sosial yang lain, pereka fesyen tersebut tampil memberikan kenyataan dengan menafikan dakwaan tersebut dan menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah.

Foto (kiri) menunjukkan kecaman yang diberikan oleh seorang pengguna Twitter dan kenyataan dari Jovian Mandagie (kanan)

“Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya,” tulis Jovian di kapsyen Instagram miliknya.

Jovian juga menjelaskan dia tiada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk semasa memuat naik hantaran video di ‘Insta Story’ miliknya tersebut.

“Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that. Mereka yang mengenali saya tahu yang saya tidak seperti itu,” tambahnya.

Ada segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa pereka fesyen tersebut tidak menggunakan helikopter tersebut untuk membantu mangsa banjir yang terkandas di sesetengah kawasan.

“Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” jawabnya mengenai persoalan tersebut.

Dalam hantaran yang sama, Jovian juga meminta sesiapa sahaja yang tidak menyukainya atau tidak senang dengan hantaran yang dikongsikan untuk tidak mengikuti laman media sosialnya.

Perkongsian dari Jovian Mandagie di Insta Story

Terdahulu, Jovian ada memuat naik story yang memaparkan dia menaiki sebuah helikopter untuk pulang berjumpa dengan anak dan isterinya di rumah.

Perkongsiannya di Instagram itu membuatkan netizen merasa kurang senang dan menyifatkan menantu kepada Perdana Menteri tersebut tidak mempunyai empati terhadap mangsa-mangsa banjir yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content