Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeHIBURANKerana Mulut Netizen, Isteri Caprice Masuk Hospital

Kerana Mulut Netizen, Isteri Caprice Masuk Hospital

Baru sebulan mendirikan rumah tangga, macam-macam ujian yang menimpa pasangan Caprice dan isterinya, Farra Inalis yang dikejarkan ke hospital selepas pengsan akibat terlalu tertekan dengan kecaman dari netizen.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, berkata, dia yang harus dipersalahkan selepas isterinya hilang privasi dan sering menerima kecaman hebat dari netizen selepas mereka berkahwin.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana berpakaian seksi. Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah,” tulis Caprice di perkongsiannya di laman Instagram.

Penyanyi rap tersebut turut memohon agar netizen berhenti mengecam Farra sebalikkan kecamlah dirinya kerana dia menganggap dirinya yang gagal dalam hal tersebut.

Sumber: Instagram Caprice

“Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad’, saya yang bina aplikasi untuk ummah, berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga. Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” tambahnya.

Caprice juga memaklumkan bahawa sejak mereka berkahwin, akaun TikTok milik isterinya itu sering kali diserang netizen. Jadi mungkin sudah lama Farra menanggung tekanan.

Perkongsian Caprice di laman Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar isteri penyanyi rap itu diberi kesembuhan dan terus kuat berdepan dengan ujian yang mendatang.

Sebelum ini, Caprice mengejutkan ramai orang apabila dia mengumumkan bahawa dia telah berkahwin dengan Farra Inalis yang merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki seorang anak itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceROTIKAYA
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content