Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCOVID-19: Makan Seorang Diri di Restoran Jika Belum Vaksin

COVID-19: Makan Seorang Diri di Restoran Jika Belum Vaksin

SEOUL – Sekatan Covid-19 paling ketat dikenakan di Korea Selatan berikutan terdapat kematian akibat varian Delta dan kes positif yang naik dengan mendadak di negara tersebut.

Perhimpunan bagi orang ramai yang telah lengkap vaksinasi juga dihadkan serta sekatan baru di restoran dikuatkuasakan bagi individu yang belum menerima vaksinasi lengkap.

Kerajaan itu menegaskan bahawa hanya empat individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan berkumpul manakala individu yang masih belum lengkap vaksinasi diminta untuk makan seorang diri di restoran.

Walau bagaimanapun, Menteri kesihatan, Kwon Deok-Cheol berkata, individu berusia 18 tahun kebawah dikecualikan daripada sekatan baharu yang diperketatkan ini.

Sekatan ketat ini dikeluarkan susulan daripada keadaan hospital di negara tersebut sudah semakin tenat dengan pesakit Covid-19 yang hampir penuh di ruangan unit rawatan rapi (ICU).

Menurut Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, setakat semalam, sekurang-kurangnya 7,622 kes positif baharu telah dilaporkan di negara itu.

Penggunaan ICU bagi pesakit Covid-19 di ibu negara Seoul telah mencecah 86 peratus dengan 989 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Setakat bulan Disember, lebih 890 kes kematian akibat daripada wabak Covid-19 itu telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan di Korea Selatan mencecah 4,518.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-Kyum berkata, sekatan baharu yang lebih ketat itu akan bermula pada Sabtu dan berkuat kuasa selama 16 hari.

Dalam tempoh sekatan tersebut, semua restoran, kedai kopi dan pusat karaoke diarahkan beroperasi sehingga jam 9 malam sahaja.

Waktu beroperasi bagi panggung wayang, dewan konsert dan pusat tuisyen dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam.

Perdana Menteri Korea Selatan itu berkata sekatan yang dibuat tersebut bertujuan utuk memperkukuhkan lagi kemampuan fasiliti kesihatan di negara itu.

“Kami menyeru orang ramai agar mendapatkan vaksin Covid-19 degan kadar segera,” seru Kim Boo-Kyum, Perdana Menteri Korea Selatan.

Lebih 81 peratus populasi keseluruhan penduduk Korea Selatan telah menerima dos lengkap bagi vaksin Covid-19 dan 17 peratus daripada populasi telah menerima dos penggalak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content