Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeISU SEMASAKemudahan SmartTAG Dan Kad Touch ‘n Go Bakal Dimansuhkan

Kemudahan SmartTAG Dan Kad Touch ‘n Go Bakal Dimansuhkan

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa system Radio Frequency Identification (RFID) akan diaktifkan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan daripada Skudai Johor hinggalah Juru, Pulau Pinang bermula 15 Januari 2022 depan.

Perlaksanaan RFID ini selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System – ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR termasuklah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow – MLFF).

Selain itu, pihak KKR turut memaklumkan bahawa penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di semua plaza tol akan dihentikan secara berperingkat. Namun begitu, pihak KKR tidak memaklumkan tarikh yang sebenar untuk melakukan permansuhan tersebut.

Penggunaan RFID dapat melancarkan lagi perjalanan pengguna di plaza tol tanpa berhenti dengan kelajuan 30km/j. Manfaat lain bagi penggunaan RFID adalah ia bakal mengurangkan interaksi fizikal antara pengguna dan perkara seperti ini adalah baik dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ini.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Kementerian Kerja Raya / Lembaga Lebuhraya Malaysia ingin mengajak pengguna lebuhraya supaya segera beralih kepada sistem pembayaran tol RFID bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih baik dan mudah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Sekitar tahun 2018, penggunaan Touch ’n Go RFID telah diperkenalkan kepada umum dan pihak Touch ‘n Go menawarkan pemasangan percuma kepada pengguna di pusat-pusat pemasangan terpilih sebelum insentif tersebut dihentikan pada Februari 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceWACANA
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content