Friday, December 2, 2022
spot_img
HomeHIBURANRumah Tangga Fizi Ali, Shakilla Khoriri Berakhir

Rumah Tangga Fizi Ali, Shakilla Khoriri Berakhir

Penyampai radio di salah sebuah stesen radio popular, Fizi Ali tiba-tiba sahaja mengumumkan rumah tangga yang dibina selama tiga tahun bersama pelakon Shakilla Khoriri kini sudah berakhir.

Fizi Ali atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, mengumumkan berita duka itu melalui perkongsian di laman Instagram miliknya tengah hari tadi.

“Assalammualaikum semua. Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” tulisnya di kapsyen hantaran terbaharu di Instagram yang memaparkan gambarnya bersama Shakilla.

Sungguh pun begitu, kedua-dua mereka mencapai kata sepakat untuk membesarkan satu-satunya anak perempuan mereka, Nurul Ameena Sofia, 2, bersama dan berjanji bahawa anak perempuan mereka itu tetap akan dapat kasih sayang yang secukupnya daripada mereka berdua.

Sumber dari Instagram milik Fizi Ali

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” tambahnya.

Penyampai radio Suria FM itu juga mengharapkan agar rakan-rakan selebriti dan peminat-peminat dapat menghormati keputusan yang telah dibuat olehnya dan juga Shakilla.

Fizi juga turut meminta semua yang membaca hantarannya tersebut untuk mendoakan agar mereka bertiga dapat meneruskan kehidupan dengan penuh reda serta dapat menerima bahawa jodohnya dengan Shakilla sudah berakhir.

Rata-rata pihak terkejut dengan perkhabaran yang dikongsi oleh Fizi tersebut kerana ramai yang tidak menyangka rumah tangga yang terlihat bahagia itu musnah dengan tiba-tiba.

Terdahulu, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mendirikan mahligai mereka pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content