Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASAKes Buli Di Asrama Yang Tiada Kesudahan, Polis Siasat Kes Pelajar Tumbuk...

Kes Buli Di Asrama Yang Tiada Kesudahan, Polis Siasat Kes Pelajar Tumbuk Perut Di Perak

Kuala Lumpur: Berikutan kejadian buli yang membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama di Perak yang tular di media sosial, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes berkenaan.

Awal pagi tadi, klip video yang merakamkan insiden buli tersebut tular di media sosial Twitter. Klip video tersebut menunjukkan beberapa orang pelajar lelaki mengepung dan bertindak menumbuk perut mangsa sambil mentertawakan mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan bahawa pihaknya sudak mengambil maklum tentang insiden yang berlaku tersebut dan sedang menjalankan siasatan dengan terperinci.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob untuk menyiasat bila kejadian buli ini berlaku kerana kadang-kadang kejadian lama, tetapi ditularkan semula,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kampar yang baharu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, di sini, hari ini.

Tambah Ketua Polis Perak tersebut juga, siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada betul atau tidak kes buli tersebut berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kangsar, Perak.

Berdasarkan klip video berdurasi 10 saat tersebut, beliau menyifatkan memang terjadi kejadian buli apabila kumpulan pelajar lelaki tersebut menumbuk perut mangsa.

Klip video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Twitter (@Ekax_) dengan kapsyen seolah marah dengan perbuatan sekumpulan pelajar tersebut.

“Ini kalau anak orang mati lepastu cakap takde niat membunuh? Lepastu bebas tali gantung? lepastu sampai bila nak habis gejala buli ni? Sakitnya hati aku,” tulisnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content