Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeHIBURANPenderitaan selama 11 tahun kini berakhir, Elyana Bebas Kanser!

Penderitaan selama 11 tahun kini berakhir, Elyana Bebas Kanser!

Selepas 11 tahun bertarung dengan penyakit kanser limfoma, penyanyi terkenal, Elyana berkongsi berita gembira bahawa kansernya sudah hilang.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memnuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan umum.

Penyanyi lagu Kalis Rindu itu menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila perjuangannnya melawan penyakit kanser ini membuahkan hasil apabila sel kanser tersebut telah hilang dari badannya.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!

Imbasan badan yang dikongsikan Elyana di Instagramnya

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat,” tulisnya dikapsyen Instagram miliknya pagi tadi.

Berita gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari rakan artis dan netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Elyana selama ini. Bukan sahaja Elyana, tetapi rakan artis dan netizen juga turut merasa gembira dan menzahirkan rasa syukur buat Elyana.

Komen dari rakan artis & netizen

Elyana turut berkongsi di laman Instagramnya bahawa dia kini sedang menjalani rawatan kemoterapi buat kali kelima.

Pada tahun 2017, Elyana mengumumkan bahawa dia menghidap penyakit kanser selepas tersingkir daripada program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Jangkaan awal doktor yang merawat penyanyi ini mengatakan yang Elyana hanya mampu hidup setahun sahaja namun dengan kuasa Allah, penyanyi tersebut kembali pulih.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sourcemstar
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content