Friday, May 27, 2022
spot_img
HomeFesyenWangianIngin tampil lebih maskulin, lelaki wajib miliki wangian ini!

Ingin tampil lebih maskulin, lelaki wajib miliki wangian ini!

Sukakan bauan yang wangi adalah satu perkara yang sudah menjadi lumrah bagi manusia. Kita sedia maklum yang selalunya golongan wanita gemar memakai wangian. Namun begitu, golongan lelaki juga tidak terkecuali daripada memakai bauan yang bukan sahaja wangi tapi dapat menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi perhatian kaum wanita.

Wangian yang lembut dan manis sesuai untuk dipakai oleh kaum wanita. Kaum lelaki pula perlukan wangian yang boleh buat mereka tampil lebih maskulin dan bergaya. Di perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa wangian yang memiliki bauan maskulin yang patut dimiliki oleh kaum lelaki.

  1. Calvin Klein ONE

Wangian ini merupakan wangian uniseks yang boleh dipakai oleh wanita dan juga lelaki. Wangian uniseks mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. CK One menggabungkan kombinasi bauan lemon, sitrus, nanas, bunga melati dan mawar serta the hijau. Wangian ini memberikan aura yang segar dan elegan buat si pemakai lebih-lebih lagi kepada lelaki.

  • Bleu De Chanel

Wangian ini merupakan antara wangian yang masih digemari kaum lelaki yang sukakan bauan yang maskulin dan segar. Ia merupakan wangian yang mesti dimiliki oleh kaum lelaki. Bleu De Chanel mempunyai bauan pelbagai jenis sitrus, dengan aroma rempah-ratus dan kayu-kayuan yang menjadi nota asas bagi wangian ini.

  • Versace Eros

Aroma wangian ini memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Versace Eros boleh dikategorikan sebagai wangian yang menggoda jadi ia boleh dipakai ketika keluar bertemu janji atau ingin menambat hati wanita. Wangian ini mempunyai campuran bau vanila, mint, lemon Itali, epal hijau, kacang tonka, bunga geranium dan kayu cedar.

  • Dior Sauvage

Wangian ini pernah memenangi anugerah Fragrance of the Year, Men’s Prestige. Wangian ini mempunyai bauan yang tidak terlalu menggangu tetapi sangat sedap untuk dihidu. Ia menggabungkan bauan yang pedas dan moden.

  • Yves Saint Laurent La Nuit L Homme

Wangian ini memberikan aroma maskulin yang menggambarkan seorang lelaki yang tegas, moden, sensual, mewah dan juga elegan. Nota atas bagi wangian ini adalah dari bauan buah pegaga. Ia juga ada bauan herba citrus yang menyegarkan serta kayu cedar dan lavendar. YSL La Nuit L Homme ini merupakan wangian yang digemari oleh wanita.

Selain paras rupa dan penampilan, bau wangian juga penting untuk seseorang lelaki. Sekiranya paras rupa dan penampilan sudah menarik tetapi tidak memakai apa-apa wangian, ia tidak akan membuatkan seseorang lelaki itu menyerlah dikhalayak ramai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceMASKULIN
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content