Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniGara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Bertindak Membakar Kereta

Gara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Bertindak Membakar Kereta

SERDANG – Seorang lelaki berumur 29 tahun bertindak membakar kereta seorang wanita di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Segar pada ahad lalu kerana berang cintanya ditolak wanita tersebut.

Sebuah kenderaan lain yang diparkir bersebelahan dengan kereta wanita tersebut turut sama terbakar akibat daripada perbuatan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5:20 pagi Ahad lalu ketika mangsa berada di rumahnya.

Kejadian tersebut disedari oleh jiran mangsa yang segera bertindak memberi tahu mangsa tentang kejadian tersebut.

“Mangsa yang terkejut selepas diberi tahu oleh jirannya tentang kejadian tersebut terus turun ke bawah untuk melihat keretanya dan mendapati pihak bomba sedang memadamkan api kebakaran tersebut.

“Berdasarkan hasil penelitian daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis berjaya menahan seorang suspek di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong yang disyaki terlibat dengan kejadian tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut berpunca dari rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya sejak tahun lalu.

“Suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya juga negatif dadah,” tambahnya.

Suspek direman lima hari bermula Isnin sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang membakar kereta mangsa yang tular dimedia sosial

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content