LOS ANGELES – Facebook telah disaman oleh pelarian dari Rohingya dengan jumlah sebanyak AS$150 bilion (RM635 bilion) berhubung dakwaan ia gagal membendung ucapan kebencian terhadap rangkaian perkongsian sosial itu.
Saman itu dikemukakan di mahkamah di Los Angeles kerana mendakwa bahawa rangkaian perkongsian sosial itu mempromosikan maklumat palsu dan pemikiran ekstremis terhadap etnik Rohingya tersebut.
Berdasarkan dokumen mahkamah, ratusan ribu rakyat Rohingya hidup dalam kemusnahan akibat daripada maklumat palsu dan ucapan kebencian di lama Facebook itu.
Walaupun telah menetap selama beberapa generasi di Myanmar, etnik yang beragama Islam itu masih lagi berdepan dengan diskriminasi di negara tersebut.
Ratusan ribu pelarian Muslim melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh pada tahun 2017 selepas satu kempen ketenteraan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menyebabkan pembunuhan keatas etnik tersebut.
Ramai lagi etnik tersebut yang tinggal di Myanmar, di mana mereka dinafikan kewarganegaraan dan tertakluk kepada keganasan perkauman serta penganiayaan rasmi oleh tentera yang berkuasa.
Menurut tuntutan mahkamah, algoritma Facebook menggalakkan individu yang terdedah untuk menyertai organisasi yang semakin ekstremis dan keadaan yang ‘terbuka untuk dimanipulasi oleh kerajaan dan rejim yang diktektor.’