Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomePELANCONGANTarikan Terbaru Di Cameron Highlands, Persis Di Korea!

Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands, Persis Di Korea!

Sejak pandemik COVID-19 berlaku, kadar pelancongan di Cameron Highlands semakin berkurang. Banyak lokasi yang dulunya menjadi tumpuan kini sudah sunyi. Namun begitu, setelah beberapa lama rakyat Malaysia tidak melancong ke mana-mana, kerajaan kini membenarkan individu dewasa yang lengkap vaksinasi untuk melancong di dalam Malaysia.

Cameron Highlands merupakan satu destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Sejak dahulu lagi, lokasi ini merupkan tumpuan orang ramai untuk bercuti sambil menenangkan fikiran. Mana tidaknya, cuaca di Cameron Highlands sangat sejuk dan nyaman. Selain itu, terdapat juga pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati.

Pada 1 November 2021 yang lalu, sebuah taman bunga yang sangat indah di Cameron Highlands telah dibuka. Sebelum pembukaan taman itu secara rasmi lagi, banyak foto-foto yang memaparkan keindahan taman bunga tersebut telah tersebar dan menjadi buah mulut netizen di laman sosial.

Foto: Instagram Flora Park Cameron Highlands (@ch_flora_park)

Taman bunga tersebut dikenali sebagai Flora Park Cameron Highlands. Lokasinya terletak berdekatan dengan Kea Farms. Pengunjung yang mengunjungi taman bunga ini akan disajikan dengan keindahan bunga yang mekar dengan sangat cantik. Di taman bunga ini juga, pengunjung dibenarkan untuk makan ala-ala berkelah bersama rakan-rakan atau keluarga.

Setiap sudut di taman bunga ini sangat memukau dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenagan serta mahu bergambar. Pasti ramai tidak sangka tempat persis di Korea ini terdapat di negara kita sendiri iaitu Cameron Highlands

.

Foto: Instagram Flora Park Cameron Highlands (@ch_flora_park)

Pengunjung yang ingin datang ke Flora Park Cameron Highland ini perlu membuat tempahan secara atas talian terlebih dahulu. Pengunjung yang telah membuat tempahan perlu ke lokasi pick up point di Kea Farm dan kemudian akan ada juru pandu yang akan membawa ke lokasi Flora Park ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content