Baru-baru ini seorang pelakon jelita, Nora Danish menjadi bahan perbualan hangat oleh netizen dilaman sosial kerana memuat naik gambar semasa pergi mendaki di laman sosial Instagram miliknya.
Gambar tersebut menjadi bualan hangat kerana kebanyakkan netizen agak kurang senang dengan pakaian yang dipakai oleh Nora yang dilihat terlalu ketat dan menyerupai warna kulitnya.
Belum pun reda dengan isu panas dari Nora Danish, pelakon dan pengacara Nabila Huda pula menjadi topik baru untuk netizen bualkan.
Nabil Huda yang mesra disapa dengan nama Abil itu memuat naik gambarnya semasa bercuti dilaman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Abil terlihat sedang menikmati percutian pada hujung minggu dengan rakannya dengan kapsyen ‘short vacay’.
Gambar yang dikongsinya itu menimbulkan rasa tidak senang kepada netizen yang melihat kerana gambar tersebut disifatkan sangat ‘mencolok mata’ oleh netizen.
Di ruang komen hantaran Instagram tersebut menunjukkan ada netizen yang mengecam dan memerli pelakon dan pengacara tersebut.

Tidak ketinggalan, ada juga yang memberikan nasihat dan mendoakan agar Nabila Huda diberi hidayah serta petunjuk dari Allah S.W.T.