Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCOVID-19: 40 lagi kematian setakat semalam

COVID-19: 40 lagi kematian setakat semalam

Setakat tengah malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 40 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19.

Kes kematian malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 30,614 orang daripada 2.65 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Berdasarkan laman COVIDNOW, 10 daripada 40 kes kematian itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Kes kematian akibat Covid-19 ini turut membabitkan angka kematian yang tertunggak dengan adanya kes kematian beberapa minggu lalu. Hal ini berikutan dengan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal akibat jangkitan wabak tersebut atau sebaliknya yang mengambil masa yang dilengkapkan dalam data KKM.

Lawan sesawang COVIDNOW itu turut menyatakan sebanyak 61,999 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 51,260 individu atau sebanyak 82.7 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah masing-masing.

Jumlah individu yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula adalah seramai 5,899 orang.

Seramai 207 pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan alat bantuan pernafasan. Kadar penggunaan katil di wad tersebut adalah sebanyak 61.3 peratus bersamaan 471 orang dengan 42.2 peratus daripadanya adalah pesakit Covid-19.

Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah seramai 940 orang yang merangkumi 32.2 peratus.

Setakat semalam, jumlah kes harian akibat Covid-19 adalah sebanyak 4,298 sekaligus menjadikan kes keseluruhan kes 2,6548,772 orang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content