Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCOVID-19: Kes Varian Omicron pertama dikesan di Malaysia

COVID-19: Kes Varian Omicron pertama dikesan di Malaysia

PUTRAJAYA – Kes pertama dari varian baru yang dibimbangi, varian Omicron telah dikesan di negara ini, melibatkan seorang pelajar bukan warganegara yang berusia 19 tahun.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pelajar tersebut merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang merupakan warganegara Afrika Selatan. Pelajar tersebut tiba di negara ini melalui Singapura dan telah disahkan positif Covid-19 pada 19 November yang lalu.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, kes tersebut telah dikesan selepas jalani ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 11 November hingga 28 November 2021.

“Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay itu, satu daripada sampel telah dikesan, berkemungkinan besar Varian Omicron.

“Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan telah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” kata Khairy dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Tambah Khairy, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research – IMR) telah sahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kemudian jujukan genm mengesahkan ia VOC Omicron pada 2 Disember (semalam).

Walau bagaimanapun, pengesanan kontak rapat, ujian saringan dan kuarantin wajib telah dilakukan ke atas semua penumpang bas termasuk pemandu bas iaitu seramai lima orang. Kesemua penumpang dan pemandu dilaporkan negatif Covid-19.

Khairy berkata, langkah pengesanan awal varian Omicron ini dilakukan lebih awal, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sebagai varian yang dibimbangi (VOC) pada 24 November lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content