Thursday, September 29, 2022
spot_img
HomeMakananApa Yang Boleh Dimakan Untuk Melegakan Kembung Perut?

Apa Yang Boleh Dimakan Untuk Melegakan Kembung Perut?

Ramai diantara kita yang sering menjaga pemakanan. Ramai yang berpendapat bahawa apa yang dimakan akan memberikan kesan ke atas tubuh badan kita. Kebiasaannya, kesan-kesan ini dinyatakan dalam bentuk kajian, petua orang dulu-dulu atau dari segi kepercayaan dan agama seseorang.

Dari situlah wujudnya istilah ‘pantang makan’. Istilah ‘pantang makan’ ini dirujuk kepada orang yang mengelakkan diri mereka daripada memakan makanan yang boleh memberi kesan ke atas tubuh badan mereka.

Pantang yang sering disebut atau dilakukan oleh seseorang adalah pantang daripada memakan makanan yang berangin seperti pulut atau buah nagka. Dua makanan ini boleh membuatkan seseorang itu kembung perut atau angin.

Kembung perut atau angin bukan sahaja terjadi berpunca dari makanan, tetapi boleh juga terjadi sekiranya seseorang itu tidak makan seharian atau terlewat makan dari waktu yang sepatutnya. Jika sudah terjadi kembung perut, apa yang perlu dilakukan?

  1. Minum air lemon
Foto: Google

Lemon merupakan diuretic semula jadi atau boleh dikatakan sebagai laksatif (julap) yang lembut bila sudah ditambah ke dalam air suam. Minum air lemon suam ketika perut kembung mampu untuk mengurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan.

  • Batang Saderi
Foto: Google

Batang saderi ini boleh membantu dalam penghadaman dan boleh mengawal pergerakan usus dan dan gas yang terdapat dalam usus. Antara kebaikan lain batang saderi ini ialah ia boleh membantu dalam proses detoks. Kandungan air yang tinggi dalam sayuran ini boleh membantu untuk membuang toksik dalam badan.

  • Yogurt
Foto: Google

Yogurt mempunyai kultur aktif seperti lactobacillus dan acidophilus yang boleh membantu dalam melegakan kembung perut. Pengambilan yogurt adalah sangat digalakkan apabila seseorang mengalami kembung perut.

  • Halia
Foto: Google

Halia mempunyai bahan anti-radang dan anti bakteria yang berfungsi dengan baik untuk melegakan masalah kembung perut. Air halia suam atau the halia boleh membantu seseorang yang mengalami masalah kembung perut. Halia juga boleh memberi kesan relaks yang kepada usus kecil sekaligus membantu kelancaran pergerakan makanan dalam sistem tubuh dan mengurangkan masalah kembung perut yang dihadapi.

  • Bawang putih
Foto: Google

Ramai yang sedia maklum bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Namun tidak ramai yang sukakannya kerana bau dan rasanya yang kuat. Salah satu khasiat bawang putih adalah dapat membantu melegakan masalah kembung perut. Tetapi ia tidak boleh dimakan dengan makanan yang tinggi kandungan sodium kerana ia akan membuatkan masalah kembung perut semakin bertambah.

Bahan makanan diatas ini dicadangkan berdasarkan petua dan kajian. Tidak semua orang sesuai dengan petua yang diberikan. Walau bagaimanapun, kita perlu cuba sesuatu perkara terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada perkara tersebut baik ataupun tidak untuk tubuh kita. Jika petua itu tidak sesuai untuk seseorang, maka perlu cuba sesuatu yang baru.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content