5 Mobile Game Paling Popular di Malaysia

0
185
register

Permainan video di telefon mudah alih atau lebih dikenali sebagai ‘mobile games' telah menjadi semakin popular di kalangan generasi generasi muda. Berakhirlah zaman dimana permainan online hanya dimainkan secara exclusif di komputer atau komputer riba. Kebolehan untuk bermain Mobile Game ni mana mana sahaja tak kira ketika berada di pengangkutan awam ataupun bermain besama rakan rakan di kedai mamak, menjadi faktor utama menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak.

Oleh sebab itu, bermain Mobile Game telah menjadi sebati di dalam budaya golongan muda di Malaysia. Di dalam artikel ini, akan menyenaraikan permainan Mobile Game yang menjadi kegilaan ramai.

5. Clash of Clans

Pasti ramai yang mengingati permainan stratergi yang berunsur pembinaan empayar Clash of Clans. Permainan ini wujud sejak sebelum zaman awal telefon pintar dan telah menjadi salah satu Mobile Game yang diminati semua peringkat umur. Permainan daripada studio Supercell ini menguji kepandaian permain untuk menyusun dan merancang stratergi mereka untuk menghadap serangan daripada pihak musuh.

4. Genshin Impact

Permainan Mobile bertemakan animasi Jepun, Genshin Impact berada di tangga keempat permainan tertinggi dalam Apps Store. Apa yang menarik ialah permainan ini adalah antara yang paling baru dikeluarkan oleh Studio dari China, MuHuYo yang pantas menjadi kegilaan peminat peminat animasi kartun Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime. Permainan Open World ini berunsurkan konsep RPG di mana pemain boleh meneroka dunia fantasi Teyvat sambil mengumpul karakter karakter daripada permainan tersebut melalui sistem Gacha

3. PUBG Mobile

PUBG Mobile merupakan salah satu permainan mobile game yang telah menjadi sinonim di dalam budaya kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Permainan bertemakan Battle Royal ini pada mulanya dikeluarkan oleh sebuah studio bernama Tencent tetapi kini telah bercabang kepada PROXIMA BETA, sebuah kumpulan yang dikhaskan untuk menguruskan permainan ini. Di dalam permainan ini, sekumpulan besar pemain dilepaskan dalam sebuah gelanggang besar dimana mereka harus mencari senjata senjata yang bertaburan di sekitar gelanggan. Permainan ini berakhir apabila hanya seorang permain atau sekumpulan pasukan sahaja yang tinggal.

2. Free Fire

Sebuah lagi permainan bertemakan Battle Royale di mana pemain berlawan sehingga hanya satu permain atau pasukan yang tertinggal. Free Fire buatan Studio Garena menambahkan keterujaan permainan Battle Royale dengan manambahkan ciri-ciri futuristik di mana pemain boleh menggunakan senjata dan alatan sains fiksyen. Permainan Free Fire menjadi saingan utama PUBG Mobile, tetapi mempunyai kumpulan permain yang berbeza.


1. Mobile Legends: Bang Bang

Pada tempat pertama Permainan Mobile Game playing popular di Malaysia ialah Mobile Legends. Pasti ramai yang tahu permainan Multiplayer Online Battle Arena, atau singkatannya MOBA. Mobile Legends adalah satu permainan di mana 10 permain berlawan dalam format 5 lawan 5 untuk menghancurkan pangkalan pihak musuh. Permainan bermula dengan kelima lima pemain menuju ke laluan masing masing untuk mendapatkan wang daripada “minion” yang sedia ada dalam peta. Secara perlahan lahan masing masing akan mara ke dalam kawasan musuh untuk menghancurkan menara mereka dan akhirnya pangkalan. Apabila salah satu pangkalan di musnahkan, pasukan yang masih mempunyai pangkalan yang berdiri akan dinobatkan sebagai pemenang.

Berdasarkan peredaran masa, Mobile Game kini sudah pun melepasi Permainan video dalam Komputer dan Konsol Permainan Video  dari segi populariti. Terdapat banyak Mobile Game yang masih dalam pembuatan, hanya menanti masa untuk memecahkan pasaran di dalam dunia Permainan Video di Telefon Mudah Alih.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
register

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here