Thursday, September 29, 2022
spot_img
HomeHIBURANFilm / MovieKisah “Female Con Artis” Pertama Malaysia Menerusi Dukun Diva

Kisah “Female Con Artis” Pertama Malaysia Menerusi Dukun Diva

Astro menerusi jenama Astro Originals terus konsisten dalam menampilkan drama-drama yang berkualiti untuk disajikan kepada penonton. Terkini, Astro Originals bakal mempersembahkan drama bersiri Dukun Diva, sebuah drama tempatan pertama yang menceritakan kisah ‘female con artist’ dan ‘anti-heroes’.

Con artist atau lebih mudah digelar sebagai seseorang yang menipu atau membuat helah terhadap orang lain dengan memujuk mereka untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar. Dalam bahasa mudah untuk difahami, con artist adalah seorang 'scammer'.

Sekali lagi, rantaian siri di bawah jenama Astro Originals ini tampil dengan seribu kelainan apabila Dukun Diva ini hadir sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.

Sekali lagi, rantaian siri di bawah jenama Astro Originals ini tampil dengan seribu kelainan apabila Dukun Diva ini hadir sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.

Dukun Diva telah mendapat sentuhan kreatif dari pengarah muda, Ariff Zulkarnain yang semakin menempa nama dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya. Sentuhannya juga terkenal dengan membawa impak visual yang segar di dalam hasil karyanya.

Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw berkata pihak Astro akan memperhebatkan lagi fokus mereka ke arah kandungan yang berkualiti.

“Astro akan memperhebatkan lagi fokus ke arah kandungan berkualiti dengan menerokai pelbagai lagi konten segar yang menawarkan kelainan dan menarik untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia.

“Menjadi hasrat kami agar Astro Orginals akan terus memainkan peranan yang lebih besar menjangkaui nilai hiburan dan dilihat sebagai jenama yang dapat mempersembahkan kandungan setanding drama-drama premium luar negara.

“Dalam mengutamakan penonton Malaysia meliputi semua lapisan masyarakat, kali ini Dukun Diva lebih memfokuskan konteks "Malaysian" dari sudut skrip, jalan cerita, idea, pelakon, sinematografi agar drama ini dapat memenuhi selera semua penonton tidak mengira latar.

“Sudah tiba masanya untuk drama kita pula mempamerkan budaya dan keistimewaan Malaysia serta mengikuti peredaran semasa dalam bentuk yang santai buat penonton di dalam dan luar negara,” katanya.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad juga, Dukun Diva ini meletakkan subjek ‘anti-heroes’ wanita yang mana ia jarang dipersembahkan dalam drama siri tempatan.

Antara kekuatan lain dalam drama Dukun Diva ini adalah apabila watak utama diterajui oleh golongan wanita yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini.

Barisan pelakon drama bersiri Dukun Diva semasa Sidang Media Eksklusif Dukun Diva, semalam.

Drama bersiri ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat yang berbakat besar seperti Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Aloy Paradoks dan Adlin Aman Ramlie.

Drama premium bersiri ini turut dihiasi juga dengan penampilan istimewa pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

Drama Bersiri Dukun Diva ini bakal disiarkan kepada penonton mulai 6 Disember ini. Ia akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

Drama 8 episod ini merupakan idea asal oleh pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015, Alfie Palermo.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content