Wednesday, June 29, 2022
spot_img
HomeHIBURANMusicAliff Aziz Kekal Berada Di Tempat Pertama Di Minggu Kedua

Aliff Aziz Kekal Berada Di Tempat Pertama Di Minggu Kedua

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi meraih perhatian juri dengan mendapat markah tertinggi serta menduduki tangga teratas pada minggu kedua konsert Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) malam tadi.

Penyanyi kontroversi dan juga sensasi tersebut meraih markah tertinggi bagi dua minggu berturut-turut. Minggu lalu, Aliff mendapat markah tertinggi selepas membawa lagunya sendiri yang bertajuk Sayang Sayang. Minggu ini dia sekali lagi mengejutkan peminat dan juri dengan membawa lagu yang dipopularkan oleh band dari Indonesia, Kasih Tak Sampai dengan sangat baik.

Penyanyi yang sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi itu berjaya menarik perhatian juri dengan memperoleh markah sebanyak 81 peratus pada konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) malam tadi.

Persembahannya itu bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh dari penonton malah ia turut disifatkan sebagai persembahan yang ‘dinamik’ oleh Ketua Juri GV8, Datuk Ramli MS.

Pada minggu hadapan, penyanyi popular ini akan membawa lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Jinbara yang bertajuk Kasihnya Laila.

Kesemua peserta diadili serratus peritus oleh juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap. Ahmad Tamimi Siregar pula diundang untuk menjadi juri jemputan.

Seperti minggu pertama konsert GV8, sekali lagi tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kedua konsert ini berlangsung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content