Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeLIFESTYLEYonnyboii, Nik Nazira sudah bernikah?

Yonnyboii, Nik Nazira sudah bernikah?

Baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii sahkan bahawa dia sudah sah menjadi suami kepada seorang gadis jelita, Nik Nazira Narriman, 22. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan sehari selepas majlis pernikahan penyanyi popular Haqiem Rusli iaitu pada Ahad, 20 November yang lalu. Majlis tersebut dilangsungkan di Duchess Place, Ampang.

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan, Yonny atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nr Azrin, 23, menjelaskan bahawa pernikahan itu diawalkan atas permintaan keluarga kerana bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. Menurut penyanyi tersebut juga, majlis pernikahan itu sepatutnya diadakan pada awal tahun depan.

Yonny menolak dakwaan yang mengatakan dia sengaja merahsiakan pernikahannya itu. Yonny menegaskan bahawa dia perlu menjaga hati banyak pihak kerana majlis yang dilakukan adalah secara kecil-kecilan yang cuma dihadiri oleh 20 orang ahli keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak.

“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga dan jumlah tetamu juga terpaksa dihadkan, maka disebabkan itu, kami memilih untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum,” katanya.

Yonny dan pasangan mengejutkan ramai orang apabila mendedahkan pernikahan mereka dengan cara memuat naik gambar pernikahan di laman Instagram milik mereka berdua malam semalam.

“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri,” tulis Yonnyboii di kapsyen Instagram miliknya.

“Bismillah, saya berkahwin dengan kawan baik sendiri. Kami adakan majlis yang kecil dan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga rapat,” coret Nik Nazira di hantaran Instagram sambil memuat naik gambar mereka berdua di atas pelamin.

Yonny juga memaklumkan bahawa gambar yang dimuat naik di media sosial mereka itu merupakan permintaan ibunya. Dia memaklumkan bahawa ibunya meminta dia dan isteri memuat naik gambar tersebut untuk mengelak dari berlakunya fitnah.

Selepas setahun perkenalan, Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan Nik Nazira pada 9 Oktober yang lalu di kediaman isterinya di Shah Alam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceBH Online
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content