Friday, May 27, 2022
spot_img
HomeGADGETTeknologiPawagam Atas Talian Pertama di Malaysia

Pawagam Atas Talian Pertama di Malaysia

Pawagam dalam talian pertama Malaysia, Film Wallet Premium Video-On-Demand (Film Wallet PVOD) telah dilancarkan di GSC Cinema, Tropicana Mall, Kota Damansara pada siang tadi.

Majlis pelancaran Filem Wallet PVOD itu tadi dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, selebriti Diana Danielle, Giselle Chia serta pelakon dan produser, Tong Bing Yu.

Film Wallet PVOD ini merupakan satu platform baru yang akan merovolusikan dan meningkatkan pengalaman pengguna untuk menonton filem di persekitaran yang selesa dan selamat. Film Wallet PVOD ini merupakan sebuah platform perkhidmatan media over-the-top (OTT) yang berinovatif. Platform ini juga sedang bekerjasama dengan penerbit dan pengedar tempatan serta antarabangsa dalam menjayakan penghasilan filem dan pelepaskan kandungan antarabangsa yang eksklusif.

Terdapat ratusan kandungan menarik yang ditawarkan di platform Film Wallet PVOD. Antara kandungan yang terdapat dalam platform tersebut termasuklah kandungan filem Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Korea dan Eropah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir, Filem Wallet PVOD ini akan memberikan kesan positif kepada ekosistem industri filem sebagai platform hiburan digital yang baru.

"Diharap ia dapat menggalakkan lagi penghasilan karya-karya tempatan yang kreatif, bermutu dengan pelbagai topik penceritaan," kata Ketua Pegai Eksekutif FINAS tersebut selepas melancarkan platform pawagam atas talian tersebut.

Pengasas dan CEO Film Wallet PVOD, Jack Yeoh berkata, platform pawagam atas talian ini sangat mudah diakses tanpa perlu komited teradap bayaran langganan bulanan penstriman untuk menonton kandungan berdefinisi tinggi. Perkara ini sekali gus membezakan Filem Wallet ini dengan platform tonton wayang digital lain.

“Penonton tidak perlu melanggan platform Film Wallet PVOD tetapi hanya perlu membayar filem yang ingin ditonton sahaja. Selain itu, filem tersebut juga boleh ditonton bila-bila masa dalam tempoh tertentu,” katanya pada pelancaran pawagam atas talian tersebut.

“Platform ini juga bertujuan menjadi inisiatif penting dalam merangsang pertumbuhan industri filem tempatan. Ia juga bakal dilancarkan ke dua buah negara lain di Asia Tenggara. Kami berazam menyumbang pertumbuhan ekonomi filem tempatan dengan membawa kandungan kita ke peringkat antarabangsa," tambahnya.

Dengan satu klik di telefon pintar, tablet ataupun TV, pengguna boleh mengakses Film Wallet PVOD bila-bila sahaja sama ada dari keselesaan rumah sendiri, ataupun dimana-mana sahaja yang dingini. Filem yang dingini hanya pada harga serendah RM1.90 dan boleh ditonton berkali-kali dalam tempoh masa yang diberikan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceBH Online
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content