Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniVivy Yusof Selamat Melahirkan Anak Keempat!

Vivy Yusof Selamat Melahirkan Anak Keempat!

Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan anak keempatnya iaitu seorang bayi lelaki pada Isnin, 22 November 2021. Vivy mengongsikan berita gembira tersebut melalui hantaran di laman sosial Instagram miliknya dengan memuat naik gambar bayi lelakinya yang diberi nama Idris Ali Shah itu.

Vivy Sofinas Yusof, 34, juga berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama bayi comelnya di laman Instagram miliknya. Vivy kini masih berada di hospital sebelum dibenarkan pulang tidak lama lagi.

“Idris Ali Shah, 22/11/2021. Alhamdulillah” tulis Vivy di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Menurut suami kepada usahawan selebriti terkenal ini, Fadza Anuar, bayi lelaki mereka mereka itu dilahirkan empat minggu lebih awal daripada tarikh yang telah dijadualkan.

Katanya juga, dia dan isteri berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kelahiran cahaya mata baru mereka itu.

Ruang komen pasangan bahagia itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti, golongan kenamaan dan peminat buat Vivy dan keluarganya serta menitipkan doa yang baik-baik untuk Si Comel, Idris Ali Shah.

Sebagai info tambahan, Datin Vivy Yusod telah mendirikan rumah tangganya dengan pilihan hati Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012. Mereka telah dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Daniel Azim Shah, Mariam Imam Shah, Sarah Ilham Shah dan yang bongsu Adris Ali Shah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sourcemurai.my
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content