Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniVaksin Covid-19: 76.6% Populasi Lengkap Vaksin

Vaksin Covid-19: 76.6% Populasi Lengkap Vaksin

Setakat semalam, 23 November 2021, sebanyak 76.6% bersamaan dengan 25,028,412 individu daripada populasi keseluruhan telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lengkap.

Berdasarkan data dari portal COVIDNOW, seramai 25,696,859 individu atau 78.6% daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi golongan dewasa, sebanyak 95.8 peratus atau bersamaan dengan 22,425,264 individu telah mendapat dua dos vaksin Covid-19. Sebanyak 98% atau 22.936,203 daripada populasi yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja, sebanyak 82.7% atau 2,603,148 individu telah lengkap mendapat dua dos vaksin.

Data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan ada beberapa buah negeri yang masih mereodkan kadar vaksinasi di bawah 70%. Negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Setakat semalam, pertambahan sebanyak 135,631 dos telah diberi yang melibatkan kedua-dua populasi iaitu populasi dewasa dan remaja. Pertambahan dos ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang dijalankan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melonjak kepada 52,232,576 dos.

PICK telah dilancarkan pada Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia. Tujuan vaksinasi dilakukan adalah untuk membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content