Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeFESYENFesyenBuat ‘Si Rendah’, Ini Gaya Jeans Yang Boleh Membuatkan Kaki Kelihatan Lebih...

Buat ‘Si Rendah’, Ini Gaya Jeans Yang Boleh Membuatkan Kaki Kelihatan Lebih Panjang

Wanita yang mempunyai tubuh badan yang rendah pasti sering merasa kurang keyakinan diri apabila ingin bergaya seperti wanita-wanita lain. Banyak gaya yang cuba untuk digayakan namun hilang keyakinan apabila rasa gaya yang dikenakan itu tidak sesuai dengan diri sendiri. Untuk wanita ‘pendek’, selalunya perkara yang menjadi masalah dalam bergaya adalah pemilihan jenis seluar jeans.

Bagi seseorang yang memiliki tubuh yang rendah, pemilihan jenis seluar adalah sangat penting. Ia memberi pengaruh yang besar dalam gaya seseorang. Walaupun banyak jenis seluar jeans yang dijual dipasaran, tetapi tidak semua jenis seluar itu sesuai dengan ketinggian ‘comel’ seseorang itu.

Jangan risau, hari ini kita akan kongsikan jenis seluar jeans yang sesuai digayakan oleh wanita-wanita yang memiliki tubuh yang rendah ini sekali gus membuat kaki kelihatan lebih panjang.

#1 Jeans Potongan Skinny Atau Jeans Potongan Lurus

Sekiranya nakkan kaki yang nampak lebih panjang, jenis seluar jeans yang patut dimiliki adalah seluar jeans jenis potongan skinny atau potongan lurus. Kedua-dua jenis seluar ini akan membuatkan kaki nampak lebih panjang. Namun, perlu diingatkan bahawa si pemakai perlu memilih jeans jenis ini yang berwarna gelap dan mempunyai ukuran panjang hingga ke pergelangan kaki.

#2 Jeans Potongan Flare

Seluar jeans dengan potongan seperti ini sesuai untuk wanita rendah yang mempunyai bentuk badan jenis pear atau lurus. Pilih bukaan kaki jeans jenis ini yang lebih kecil berbanding punggung. Untuk nampakkan ilusi kaki yang lebih panjang, pilih panjang jeans yang menutup kaki atau kasut tetapi tidaklah sehingga menyapu lantai.

#3 Jeans Potongan Boyfriend

Gambar - Google

Seluar jeans jenis ini memang selesa dan cantik apabila dipakai namun ia sukar untuk digayakan oleh wanita pendek. Tetapi jangan risau, ada cara pemakaiannya yang membuatkan ia nampak cantik dipakai oleh anda. Bagi wanita rendah, anda boleh pakai seluar dengan potongan ini tetapi perlu pilih saiz yang betul-betul muat atau sedikit kecil dari tubuh untuk kelihatan lebih langsing. Pemilihan seluar jenis potongan ini yang longgar akan memberi ilusi badan lebih pendek daripada asalnya. Selain itu, lipatan pada kaki tidak boleh terlalu lebar.

#4 Jeans Potongan High Waist

Gambar - Pinterest

Seluar jeans dengan potongan ini sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk badan jam pasir tetapi sedikit rendah. Tip yang boleh dikongsikan untuk seluar jenis potongan ini adalah jagan terlalu menekan dibahagian pinggang seperti memakai tali pinggang dengan terlalu ketat. Badan akan nampak lebih lurus dan kurang cantik sekiranya anda memakai tali pinggang dengan ketat.

Jadi, tidak susah bukan untuk mencari potongan seluar jeans yang sesuai dengan ketinggian kita? Tidak perlu lagi untuk rasa rendah diri atau hilang keyakinan semasa bergaya. Sekiranya anda rajin untuk membuat kajian tentang jenis seluar atau pakaian yang sesuai dengan tubuh anda, pasti anda akan kelihatan cantik sama seperti wanita-wanita lain. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
SourceWanista
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content