Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniResort 5 Bintang di Langkawi Tutup, 16 Positif COVID-19

Resort 5 Bintang di Langkawi Tutup, 16 Positif COVID-19

LANGKAWI – Sebuah resort bertaraf lima bintang di pulau perangian ini membuat keputusan untuk menutup premisnya itu selama 10 hari bermula Isnin, 22 November 2021 untuk membendung penularan wabak COVID-19 tersebut.

Dalam satu kenyataan rasmi di laman sesawang The Datai Resort Langkawi memaklumkan bahawa terdapat 16 kes positif yang dapat dikesan dalam kalangan pekerja resort tersebut. Kes-kes positif ini dikesan selepas saringan berkala secara rawak dilakukan oleh pengurusan resort tersebut.

“Beberapa kes positif dikesan semasa ujian rawak yang dijalankan terhadap semua pekerja. Ujian ini dilaksanakan diluar peraturan rasmi demi memastikan keselamatan para tetamu dan kakitangan. Pekerja yang didapati positif telah diasingkan bagi menjalani kuarantin,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut juga, pihak resort telah mengambil langkah untuk mengesan kontak rapat dan mendapati ada kes positif daripada pengesanan tersebut. Pihak pengurusan resort mengaktifkan kuarantin dengan segera.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung dan pekerja, pihak pengurusan memutuskan untuk menutup sementara operasi premis itu. Pihak resort juga akan melakukan proses pembersihan dan sanitasi menyeluruh sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak The Datai Langkawi ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada tetamu. Sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan yang termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort menawarkan perubahan tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh. Semua tetamu yang berkenaan akan dihubungi terus mengenai pilihan alternatif,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content