Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeISU SEMASABerita TerkiniCOVID-19: Angka Kemasukan ke Hospital Semakin Meningkat

COVID-19: Angka Kemasukan ke Hospital Semakin Meningkat

Menteri Kesihatan Malaysia memberi amaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa kadar kemasukan ke hospital akibat daripada wabak COVID-19 sudah semakin meningkat semula.

Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya berkata, kebanyakan dari kes kemasukan ke hospital itu daripada kalangan warga emas dan golongan komorbid. Golongan komorbid merupakan golongan yang dijangkiti oleh kontak rapat seperti ahli keluarga yang membawa pulang virus tersebut ke rumah.

“Pakai pelitup muka & elak tempat yang sesak. Dapatkan booster bila diberi temujanji,” katanya melalui akaun Twitternya pagi ini.

Laman sesawang COVIDNOW mengongsikan data yang menunjukkan keseluruhan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital mengalami peningkatan. Menurut laman sesawang tersebut, setakat semalam, jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah seramai 5,431 orang.

Menurut laman sesawang yang sama, jumlah pesakit yang mendapat rawata di ICU adalah seramai 541 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 267 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dan seramai 274 orang pesakit tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri Terengganu merupakan negeri yang mempunyai kadar penggunaan katil yang paling tinggi iaitu dengan kadar 85.9%, diikuti dengan negeri Kelantan dengan kadar 83.3%, negeri Melaka dengan 81.2%, Kedah 74.9% dan Labuan dengan 74.5%.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content